Friday, May 23, 2008

Muhammad Harith Zaquan Syah




Last weekend...16 Mei 2008-Jumaat...anak sedara yang ke...barape eh?? 29 kut...eh..25 lahir dalam family Sheikh Said + Noorussa'adah....tahniah k.Linda n A.Harun...ikut tingkap plak kali ni..kasi surprise mak abah die..same plak birthdate ngan A.Iqbal ye...bulan 5 ni ramai btul birthday:
3/5-Pak Uda Abid
12/5-Syuhada n Hazirah n Arwah Atuk Said
16/5-Iqbal + Harith Zaquan(tak tau spelling sebenar)
18/5-K.Anis
27/5-Muhammad
28/5-Yasmin
30/5-Pak Ngah Razak
ni je yg ingat..kalu tertinggal sori yer...ingatkan la mokcu...
Semoga K.linda cepat sembuh and zack cepat besar dgn sihat....Alfi,Amirul n Hafiz..jgn suke kacau adik tau!!

Wednesday, May 14, 2008

Manchester United Champion of The 17th League Title.....

Glory-glory Man Utd.......





The 17th league title and 10th Barclays Premier League Trophy....2 titles in a row....We are the CHAMPION !!!

Now eyes on UEFA Champions League Cup....

Operasi Di Rumah Layang-Layang (PART I)
















Sewaktu Arwah Mak Uda Meninggal dulu (hujung bulan 3 la..rasanye)..we all (adik beradik) decided nak kemas semula rumah orang tua kami di Layang-Layang Kluang Johor...tempat aku membesar...bros n sis wa membesar kat estet..huhu...dengan semangatnye aku n husband n Adam pun balik la ke Johor petang 1st May tu..walhal..baru je lepas bersokan ket INSPENS (actually sorak je lebih... kire sukan la..berpeluh tak ingat nyer) ..ye la kan..tempat jatuh lagikan dikenang...inikan plak tempat bermain...sampai..dalam maghrib...rupe2nyer..beradik yg lain dtg esok..la...tp aku tak wat ape gak..pasal jumaat tu (2nd mei) aku demam plak...jumaat petang..a.abid sampai..malam kat kul 12..a.khir plak sampai...last sekali yg chek in adalah kak lon...haha..jgn mare ha....akak dtg sabtu petang..takpela kak, kami memahami...


so..sabtu pagi tu..a.khir mengarahkan tenteranye membersihkan kwsn belakang..dekat pokok pisang n stor kat situ...pastu kemas plak stor dalam ..diketuai oleh mak uda...bebudak pompuan sume kene basuh pinggan mangkuk lama..khazanah tu...pastu kemas stor tepi plak.. (byk betul stor??)...ape nak buat..byk brg dah tak relevan...hish..baju2 lama tu kalau bleh jual..sure dapat beratus hinggit.moral of the story...jgn byk sgt wat baju...kalu nak jugak..wat besar2 sket..bleh pakai lama...ktorg ni jenis sayang nak buang..tu la masalahnye...i think we should hav a muzium la to display all the clothes yg sayang nak buang tu...tak pun dapat satu wardrobe besar pun ok ape...tuk simpan baju yg mcm mahal tp dah tak muat ke...yg ade sentimental value ke...kalu yg biasa2 tu..derma jela kat org kalau elok lagi..kalu tak..buang je..habis citer...


Malam tu we all sambut birthday Pak Uda/A.Abid..(3/5/2008)..sungguh meriah makan laksa johor, kek, kueh keria(sekelip mata dah habis....punyela piranha)...bestnye berkumpul reramai ye....


Esok nye sambung kemas2 sket..kitorang pun balik la..after lunch...tp rasanye byk lagi yg perlu diperbaiki umah tu...e.g: pagar,garaj,cat sket2,longkang belakang n umah sewa...umah sewa pun cam dah lama sangat tak dicat...(just my 2 cents la...).. hmm..part paling best mase dierang (lelaki2 macho) ni mandi perigi la...sume berebut-rebut nak timba air pasal mata dah pedih kene sabun..hehehe...tak seswai u mandi kat luar tu..depan belakang jalan raya..kalau nak, next time kite simen sket kat keliling perigi tu la...bleh mandi n membasuh kat situ..


hmm..best gak kan suasana kampung...

Tuesday, May 13, 2008

Hari Buruh / Karnival Sukan @ INSPEN




Akhirnye terlaksana juga planning Bahagian Pasca Perkhidmatan nak wat sukan...setelah bermacam2 kontroversi..adelah beberapa orang yang hadir...yelah..kalu bleh sume pun nak cuti 1st May tu..tambahan friday 2nd May ramai plak yg amik cuti..termasuk mokcu..


Keputusan Keseluruhan Sukan :

1st : Rumah Hitam

2nd: Rumah Putih (Rumah Mokcu)

3rd: Rumah Merah

4th: Rumah Biru


Walaupun mokcu tak main, sekadar jadi pompom gurl..akan tetapi..perananku amatlah penting bg memberi moral support kepada player2...rumah hitam sungguh ganas..sehingga ade player we all patah tangan waktu main bola jaring lawan dierang..


Dalam kul 12.30 tu..mokcu pun balik la..pasal nak balik Johor plak..yeyeh...balik kampung...muhammad Izzudin pun dah tggu kat umah...

Wednesday, April 30, 2008

Perkara Penting Sirnakan Rumah Tangga

Diambil dari petikan /isi ceramah Menjana Ummah Gemilang Melalui Kasih Sayang di JPA
oleh : Ustaz Zahazan Mohamed

Perkara-perkara Penting Sirnakan Rumah Tangga

1. Loving - luahkan rasa cinta kepada suami/isteri
- panggil dengan panggilan yang baik
2. Caring
3.Sharing - tukar-tukar hadiah
4.Saling Memaafi
5.Sentiasa hadir Allah dalam hati kita - Bersyukur, rasa ikhlas dalam diri

ni jer coretan untuk hari ini, semoga semua akan mendapat manfaatnya

Monday, April 21, 2008

Kasih Tercipta : What a beautiful song...


Kasih hilang tiada bicara...Setelah cintaku kau puja
Rintihan rindu terus melanda...Redup cahaya oh hati lara

Bisiklah kiranya aku bersalah...Sedetik tersirat rasa
Kau cipta kasih yang kumiliki...Cinta ku jujur selama ini

(chorus) Carilah ku dalam hatimu...Sayang sebutlah kau rindu oh...Hanya pintaku
Kasihmu kekal setia...Usah biarku oh terus terluka
Oh… kasih tercipta…Oh… carilah ku sayang…

Mesra suaramu kini berbeza...Gagal sembunyi sedih
Kenangan lalu menusuk jiwa...Manis seindah berganti pedih
Ooooh...Oooooh...Ooooh...Oooooh...huuuu...huuuuuu

(repeat chorus)

Pabila bersamamu...Debaran darah arus mengalir cinta...Lahir selamanya
Berilah kucupan sayang...Biar terukir wajah kasih tercipta
Berilah kucupan sayang...Biar terukir wajah kasih tercipta

Oh…kasih tercipta…Kini ku mengerti
Walau berbisa…Ku rela kiranya kau bahgia
Ooooohhh

Tuesday, April 15, 2008

Tuhan Ingin Menguji Seorang Insan

Erk....dah lama tak post....untuk intro @ warm-up...amik nih

Apabila Tuhan ingin menguji seorang insan,
Atau 'mendendam' seorang insan,
Atau mengangkat seorang insan,
Apabila Tuhan hendak membentuk seorang insan,
Melaksanakan perkara yang paling terpuji;
Apabila Dia mendera seluruh jiwanya
Supaya jadi insan hebat dan berani,
Ketika itu seluruh dunia akan kagum
Lihat cara-Nya, insafi firasat-Nya.

Dia, insan yang terpilih dan dimuliakan,
Lihat, bagaimana Dia dipukul dan mencederakan,
Dan tumbukan keras menukarkan diri insan itu,
Kepada bentuk yang baharu yang hanya Tuhan sahaja tahu
Tatkala jiwanya yang terdera itu menangis
Dan ketika itu jugalah dia mengangkat tangan
memohon!
Bagaimana Dia memukul, tetapi tidak menghancurkan,
Apabilan kebebasannya Tuhan ambil…

Bagaimana Tuhan melatih dia yang terpilih
Dengan setiap sebab diarah padanya,
Dengan setiap seni dia terpimpin,
Untuk mempersiapkan dia,
Hanya Tuhan yang tahu.

Apabila Tuhan ingin mengambil seorang insan,
Dan menggoncang seorang insan,
Dan membangunkan seorang insan;
Apabila Tuhan ingin mencipta seorang insan,
Untuk melakar masa hadapan;
Dia uji dengan seluruh jiwanya,
Dan insan itu menjerit bergegar,
Supaya menjadi gagah dan… tegar

Tuhan buat dia berseorangan,
Sehingga sampai amanat daripadaNya,
Yang benar-benar mendidik insan itu,
Dengan 'Strategi' rancangan Tuhan,
Mungkin dia sendiri tidak tangkas untuk faham.
Dibekalkan dengan kesabaran untuk memimpin.

Apabila Tuhan ingin melantik seorang insan,
Dan memuliakan seorang insan,
Dan menginsafkan seorang insan;
Apabila Tuhan hendak 'mengaibkan' seorang insan,
Supaya dia melakukan yang terbaik.
Apabila dia menerima ujian paling sengit,
Ketika Tuhan membakar dalam dirinya,
Dan ditarbiyyah juga dalam dirinya!
Supaya dia terus mengejar dan terbakar,
Untuk mengejar impian yang jauh!

Dicampakkan dia jauh ke dalam hutan gelap,
Yang dia takut dan gerun,
Suapaya jiwanya bersinar dan cekal,
Cara itulah Tuhan mencipta insan, dengan Karisma
Diuji dengan kemurungan semangat,
Dalam membuat pilihan yang perit,

Perancangan Tuhan tidak terjangkau,
Jauh daripada jangkauan fikiran,
Dari 'tangan-tangan manusia' yang busuk,
Sia-sia sesiapa yang ingin menggubal.
Ketika kakinya luka dan berdarah,
Ketika itulah semangatnya membuak-buak,
Ketika cinta dan pengharapan bercampur,
Di saat kekalahan yang genting…
Maka muncullah insan itu keluar,
Ketika manusia perlukan pejuang,
Supaya memimpin nusa,
Kemudian, Tuhan membongkar seluruh perancangan,
Dan dunia menjulang seorang insan.
Petikan : Kuasa Karisma
Powered By Blogger