Monday, December 31, 2007

IMBASAN 2007

Assalammualaikum...

tup tap tup tap...dah macam-macam benda terjadi di tahun 2007 dan tahun 2008 pun dah mula membuka tirainya..tertutuplah sudah segala yang terjadi di 2007..

kali ni nak imbas sket ape yang terjadi di 2007...ade yang gembira dan ade yang agak mengecewakan..

GEMBIRA.....
perkara-perkara gembira antaranya....
1. Melahirkan Muhammad Adam Jibrail bin Azmir pada 27/3/2007
2. Alhamdulillah...dapat kekahkan Adam...w/pun seekor kmbing...ade rezki lebih insyaAllah bleh tambah sekor lagi...
3. Ulangtahun perkahwinan yang pertama 2/6/2007
4. Tayang (Azmir) dapat kerja baru 1/10/2007
5. Aku dapat offer letter keje tetap (lapor diri tak tau bila...) tapi kesyukuran yang teramatla...

sedih @ kecewa....
1. Apa yang terjadi pada kekanda terchenta...
2. Rumah di Layang-layang terbiar begitu sajer...(tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain...) rindunyer kat kampung...

tapi..kite kene tgk perkara yang gembira...kira satu pencapaian jugakla...walaupun semuanya telah ditentukan oleh Allah..hehehe....yang sedih tu...dijadikan iktibar dan panduan..semoga ade hikmah di sebalik yang berlaku....changes are always happen..we hafto adapt the changing situation...

tamatla 2007...semoga hubungan ukhuwwah keluarga akan berpanjangan dan baik ke akhir hayat..dan semoga amal ibadat dapat ditingkatkan di masa depan...

babai 2007........

Friday, December 28, 2007

HAL-HAL KAHWIN (BAB 1)- FASAKH

Fasakh

Bagaimana seseorang boleh memohon Fasakh?

Fasakh ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Di antara perkara-perkara yang mengharuskan Fasakh ialah apabila suami atau isteri :
a) Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
b) Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
c) Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
d) Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
e) Telah mati pucuk.
f) Telah gila selama tempoh 2 tahun.
g) Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
h) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
i) Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
j) Memaksa isteri hidup secara lucah.
k) Melupuskan harta isteri.
l) Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
m) Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
n) Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
o) Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.


ade lagi bahan bacaan lain yang boleh dirujuk seperti di bawah :

http://www.islam.gov.my/portal/pdf/alasan.pdf

saje untuk informasi....harapan agar semua perkahwinan yang ade mencapai kebahagiaan kekal ke akhir hayat..kalau boleh diperbaiki lebih baik...ini hanya sekadar untuk menambahkan ilmu pengetahuan islam sahaja...

Wednesday, December 26, 2007

BORINGNYERRRR KEJER!!

First of all, Alhamdulillah aku ade keje...byk lagi org yg takde keje aka penganggur...

TAPIII!!! tapi, siapa kate keje gov nih senang? tak penat? relax? tak pressure...?? goverment la...yg paling byk org nak komplen..lambat sket komplen..silap sket komplen... service lain (private) takde plak org nak komplen..yg menipu ntah buat ape2 lagi semata2 nak dpt kaut untung..takde plak nak komplen..pasal apa?? pasal gov servent pakai duit pembayar cukai??? berapa byk pun ktorng ni pakai?? ktorg pun byr cukai ..ye dak..(yg dah layak la..) selain tu..projek2 yg gov buat pun..akhirnye gi jugak ke private sector..tp yg paling tak pahamnyer ialah..gov servent sendiri yg komplen..nak2 yg besar2..abih tu?? reflex on public sector gaklah..ape ke pandai...

last22 ni la akibatnyer..seharian dok bengkel strategic planning... i dont see anything that very superb if u just only speak & never look down & apreciate what staff has done... sume yg nampak adalah silap n kenapa tak boleh capai piagam pelanggan till 90%?? silap yg nampak pun org lain nyer silap..

ade boss pun takleh nak backing up anak buah buat aper yer...?in any meeting, yg silap mmg jelas kelihatan adlh cwgn operasi gak?? kewangan ?? pleaselah... tgkla kami kat bawah ni n try la faham macamana kami buat keje...pastu backup la kami bila kene hentam...bkn nye we all dok goyang kaki...bila problem, blame us... buat policy pastuh tak fikir baik buruk..ntah ler..byk bende bleh improve kalu ade head yg strong..yg kat bwh ni takkan nak mengajar yg kat atas??

yg lebih atas lagi la..cara nilai pun tak tau la...sumernye kene menonjol n menunjuk-nunjuk... hmm..kalu macam tuh, barulah dianggap buat kerja... tak pahamla...

hmm...buat anak buah mokcu yg baca ..sorila..post this time adalah luahan hati...

remember that we cannot make all people in this world satisfied..be yourself n improve ape2 yg tak elok...me also try to change any of bad habits that i have..takde ruginye kite belajar sesuatu yg baru n change ourselves..although its hard to be done...thanks...

Monday, December 3, 2007

Lagu ni plak jadi lagu fevret..huahua..

Christina Aguilera - Hurt

Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were but I walked away
If only I knew what I know today

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I want to call you but I know you won't be there

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you
Some days I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just want to hide 'cause it's you I miss
You know it's so hard to say goodbye when it comes to this

Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?
There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself
If I had just one more day, I would tell you how much that
I've missed you since you've been away

Oh, it's dangerous
It's so out of line to try to turn back time

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself

By hurting you

Monday, November 19, 2007

YUHUUU! Faizal Tahir ke Final JUARA LAGU

Yuhuuu!! Sukernye mokcu bila Faizal Tahir dapt gi final Juara Lagu..dua lagu lagi!! Good luck lah.. buat yg terbaik..semuga menang atleast kategori balada pun jadiklah..huhu...

Hari ni terbangun lewat lak..anak beranak..ponat weekend tak abih lagi...hmm..memang hari ni dalam sejarah la pengantin... huhu....semoga bahagia ke akhir hayat la yer...Robby & Siti Afiffah...

nak masuk gambo camera plak tak bawak..pokcu..over tu you la bab masuk gambar ni...mak maleh la nak bwk gi opos..kene cucuk2 wayar lagi...hehehe...

okla..next week ade penantin pak andak plak...musim org kawin...Selamat berkhatam amirul..mokcu tak dpt tgk la acara khatam Qur'an awak..sori yeer..pokcu kene keje sabtu tu..ade odit nak dtg senin...

Anyway, Heppy Hols to all my nephews and nieces also all my sisters...hahaha..mokcu je yg koje time cuti sekola...Jgn main perkara2 yng mara bahaya keh..

eh , lupa plak..good luck kat mamat yg tengah SPM and Congrats kat Siti....

Monday, October 22, 2007

Dah beberapa hari lagu ni terngiang kat pala

LIRIK LAGU KELMARIN by FARHAN AF4
Kelmarin ku tanya apakah salahku?
Dan jawabnya diam saja
Kelmarin ku tanya apakah kau rindu?
Dan jawabnya hanyalah pandangan hampa
Ku kira ada yang keliru
Sampai tak ada cara mengungkapkannya
Aku tak apa
Yang ringan saja

Kelmarin ku tanya apakah kau rindu?
Dan jawabnya hanyalah pandangan hampa
Dan kelmarin ku lihat gambar bekas pacarmu
Terpasang lagi jadi lukisan
Eh terserah kalau masalahnya cuma itu
Simpan saja buat arkibmu sendiri
Aku tak apa
Yang ringan saja
Jika begini jalan akhirnya
Tak perlu lagi aku berada

Jika begini namanya cinta
Biar ku cari yang lain saja


p/s : kalau mokcu ade h/p nokla N95, mokcu nak jadikan lagu ni as my ring tone..huahuahua

Friday, October 12, 2007

Faces of Muhammad Adam Jibrail.....


I'll play for Manchester United....one day...








Happy in the craddle.....





I'm just awake.....I'm in no mood...







Thursday, October 11, 2007

Salam Aidilfitri.....

Salam Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin

dari Kami Sekeluarga

Jemputlah datang ke rumah.....
P8-C-00-18 Apt. Sri Ros Taman Sepakat Indah Jln Wan Siew Sg Chua 43000 Kajang Selangor Malaysia.

Program Angkasawan Negara

Boikonur Cosmodrome, Kazakhstan (GMT Malaysia 21:21)

Tahniah kepada Angkasawan No. 1 Negara, Dr Sheikh Muszaphar. Semoga Selamat Pergi dan Kembali ke Tanah Air. Mudah-mudahan usaha ini akan memberikan inspirasi kepada generasi muda dalam bidang ilmu yg dahulunya dikuasai oleh cendekiawan Islam, ilmu falak dan astronomi. Insya Allah....agar segala Usaha ini diberkati oleh-NYA....

Tuesday, October 9, 2007

Wednesday, October 3, 2007

Malam Al-Qadar.......

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM
25 RAMADHAN;

SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM
23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, InsyaAllah malam qadar akan jatuh pada malam ke 25 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 07hb Oktober 2007.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam

itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis
teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN = 83 TAHUN UMUR KITA.

Wednesday, August 22, 2007

Alhamdulillah...Adam Kembali Ceria

Hehehe...I'm Back

Dah boleh meniarap dah...(dengan bantuan mak ngan abah...syyy...jgn bgtau org lain dau...)

Mak Ucu's @ Malacca...

Last fortnight, Mak Ucu ada Kursus Menguruskan Fail & Rekod, bertempat Di Melaka...anjuran JPA Bhgn Pencen. 1st time kursus lepas bersalin....Jawabnya Adam terpaksa tinggal dgn Nenek & Atuk weekend tu......



Lepas Kursus...mulalah dia merayap....macam anak dara katanya...



Sunday, August 19, 2007

Adam Warded : The cause of Rotavirus






Adam telah mengalami cirit birit dan muntah muntah yang agak luar biasa pada 14 Ogos 2007 dan telah dimasukkan ke Wad Paediatrik Pusat Rawatan Islam Az Zahrah Bdr Baru Bangi pada 15 Ogos 2007. Doktor mengesahkan kemungkinan Adam terkena jangkitan Rotavirus. Setelah 2 hari 2 malam, menjalani rawatan....Alhamdulillah Adam beransur pulih dan dibenarkan pulang ke rumah pada 17 Ogos 2007. Setelah membina imunisasinya sendiri, Adam kini kembali ceria....go Adam!!

Wednesday, August 1, 2007

Move that Change...

Mak Ucu's Perfume FOR SALE....(Negotiable Price)




Perfume : 100 ml Nina Ricci Premier Jour for Women (One bottle only)
Price : RM 86.00 (Warehouse sale price)
Further Details : Could ask from Mak Ucu
Launched by the design house of Nina Ricci in 2001, PREMIER JOUR by Nina Ricci For WOMEN is classified as a flowery fragrance. This feminine scent posesses a blend of: musk, vanilla and, mandarin, a tasty and alluring combination. It is recommended for daytime wear.
Powered By Blogger