Apabila Tuhan ingin menguji seorang insan,
Atau 'mendendam' seorang insan,
Atau mengangkat seorang insan,
Apabila Tuhan hendak membentuk seorang insan,
Melaksanakan perkara yang paling terpuji;
Apabila Dia mendera seluruh jiwanya
Supaya jadi insan hebat dan berani,
Ketika itu seluruh dunia akan kagum
Lihat cara-Nya, insafi firasat-Nya.
Dia, insan yang terpilih dan dimuliakan,
Lihat, bagaimana Dia dipukul dan mencederakan,
Dan tumbukan keras menukarkan diri insan itu,
Kepada bentuk yang baharu yang hanya Tuhan sahaja tahu
Tatkala jiwanya yang terdera itu menangis
Dan ketika itu jugalah dia mengangkat tangan
memohon!
Bagaimana Dia memukul, tetapi tidak menghancurkan,
Apabilan kebebasannya Tuhan ambil…
Bagaimana Tuhan melatih dia yang terpilih
Dengan setiap sebab diarah padanya,
Dengan setiap seni dia terpimpin,
Untuk mempersiapkan dia,
Hanya Tuhan yang tahu.
Apabila Tuhan ingin mengambil seorang insan,
Dan menggoncang seorang insan,
Dan membangunkan seorang insan;
Apabila Tuhan ingin mencipta seorang insan,
Untuk melakar masa hadapan;
Dia uji dengan seluruh jiwanya,
Dan insan itu menjerit bergegar,
Supaya menjadi gagah dan… tegar
Tuhan buat dia berseorangan,
Sehingga sampai amanat daripadaNya,
Yang benar-benar mendidik insan itu,
Dengan 'Strategi' rancangan Tuhan,
Mungkin dia sendiri tidak tangkas untuk faham.
Dibekalkan dengan kesabaran untuk memimpin.
Apabila Tuhan ingin melantik seorang insan,
Dan memuliakan seorang insan,
Dan menginsafkan seorang insan;
Apabila Tuhan hendak 'mengaibkan' seorang insan,
Supaya dia melakukan yang terbaik.
Apabila dia menerima ujian paling sengit,
Ketika Tuhan membakar dalam dirinya,
Dan ditarbiyyah juga dalam dirinya!
Supaya dia terus mengejar dan terbakar,
Untuk mengejar impian yang jauh!
Dicampakkan dia jauh ke dalam hutan gelap,
Yang dia takut dan gerun,
Suapaya jiwanya bersinar dan cekal,
Cara itulah Tuhan mencipta insan, dengan Karisma
Diuji dengan kemurungan semangat,
Dalam membuat pilihan yang perit,
Perancangan Tuhan tidak terjangkau,
Jauh daripada jangkauan fikiran,
Dari 'tangan-tangan manusia' yang busuk,
Sia-sia sesiapa yang ingin menggubal.
Ketika kakinya luka dan berdarah,
Ketika itulah semangatnya membuak-buak,
Ketika cinta dan pengharapan bercampur,
Di saat kekalahan yang genting…
Maka muncullah insan itu keluar,
Ketika manusia perlukan pejuang,
Supaya memimpin nusa,
Kemudian, Tuhan membongkar seluruh perancangan,
Dan dunia menjulang seorang insan.

Petikan : Kuasa Karisma