Tuesday, October 26, 2010

K E H I D U P A N

Kehidupan kita manusia sebagai insan yang perlu patuh kepada Yang Maha Esa memerlukan banyak perhatian dari pelbagai sudut..tanpa saya sedari sebelum ini, saya rasakan setelah mempunyai cahaya mata sendiri..pandangan dalam hidup ini perlu diubah..jika dulu saya hanya merasakan dunia saya hanyalah belajar, kawan dan berseronok..tetapi kini, dunia perlu dipandang dari pelbagai sudut...

Menjadi seorang wanita yang berkerjaya dan mempunyai keluarga sebenarnya menuntut komitmen yang tinggi dalam setiap hal..dari segi pekerjaan..tanggungjawab yg diamanahkan kepada kita hendaklah dibuat dengan sebaik mungkin..namun, beban kerja yg banyak dan mendesak kadang-kala bisa menggugat emosi jua..menguruskan manusia yg mempunyai rambut sama hitam tapi hati lain-lain amat mencabar di masa ini.

Selain kerjaya, tanggungjawab yg lebih besar adalah kepada keluarga dan anak...sebagai isteri, suami harus dihormati...anak juga begitu..yang lebih membingungkan saya pada masa ini ialah bagaimana mendidik anak dengan cara yang baik supaya anak membesar dengan keperibadian menurut ajaran islam...apa yang perlu ditekankan ialah peningkatan diri sendiri dahulu sebelum anak dapat mencontohi kita..itulah yang payahnya..mendisiplinkan merupakan satu perkara yg sukar bg saya kerana walaupun sy mempunyai sistem tersendiri..tp, disiplin agak tidak "ngam" dgn jiwa sy...

Namun begitu, sy tidak suka menganggap perkara ini sbg masalah...sy harus menghadapinya dan berusaha supaya sy boleh berubah dan anak juga menjadi lebih berdisiplin dan mempunyai jati diri/nature yg baik..membina keperibadian anak dan daya pemikiran anak yg baik dan matang agar setiap tingkahnya tidak sumbang dan betul amat merisaukan saya..khuatir tersilap mendidik anak, kesannya tidak dapat diperbetulkan sehingga ke akhir hayat...

Ya Allah..mohon engkau permudahkan setiap urusan kami dan berilah petunjuk agar apa yang kulakukan sentiasa terpandu...amin...

No comments:

Powered By Blogger